Powered By Blogger

23/12/2011

GILA-GILA LAST SPM (GRAFITI UNIFORM SEKOLAH)

Assalamualaikum...artikel ini bertujuan untuk membuka mata masyarakat tentang bakat terpendam anak-anak muda yang tidak mempunyai tempat untuk menyalurkan bakat tersebut ke saluran yang betul...harap bisa membantu...hihi

17/12/2011

JABAL REFLEX

JABAL REFLECTION YANG HYPE
Sebuah karya yang memaparkan dua buah bukit yang mana terdapat tasik dihadapannya..lukisan yang diinspirasi daripada sebuah filem hindustan iaitu filem "Mann"..walaupun lukisan ini mempunyai sedikit celanya iaitu bayangan bukit dan kepulan awan yang terlampau hyper..tetapi ia tetap menjadi pilihan ds..apa yang penting,setiap karya jadikan ia sebagai sebuah latihan untuk lebih maju di masa akan datang kelak...kecuali ditakdirkan oleh Allah ds meninggal dunia..Innalillah wa inna ilaihirajiun... (semua yg brnyawa pasti akan merasai mati) betul tak?

WINDMILL SAJE-SAJE

SAJE-SAJE
Ehem!! lukisan ini mungkin tak seberapa..sori..lukisan ini pada asalnya hanya pagar sahaja yang dilukis kemudian diabaikan sementara waktu selama hampir 1 tahun..kemudian di continue kembali pada waktu senang-lenang...so,walaupun tak seberapa,tetapi inilah lukisan yang dianggap sebagai latihan untuk menghasilkan karya yang terbaik di masa akan datang..Amin Ya Rabb

MOONLIGHT VS MOONLIGHT

moonlight shadow

Aik!! macam pernah nampak lukisan nih,..haha..ini dia lukisan yang diberi nama moonlight shadow yang merupakan titik tolak penghasilan lukisan windy moonlight..lukisan ini mengguna dakwat pen yang berwarna biru berlainan dengan lukisan windy moonlight yang menggunakan dakwat pen yang berwarna hitam.lukisan awal yang dilukis didalam buku catatan kecil 555 yang menggunakan penekanan kontras yang kuat berbanding lukisan yang seterusnya yang kurang memberi penekanan kontras.


moonlight shadow & windy moonlight
Kedua-dua lukisan ini mempunyai sedikit sebanyak persamaan  dari segi atur cara (angle) titik fokusnya..lukisan windy moonlight dilukis setahun selepas penghasilan lukisan moonlight shadow di atas kertas yang tidak mempunyai line dan saiz yang lebih besar berbanding lukisan sebelumnya..

16/12/2011

The City Of No Crowded

lukisan sebuah bandar yang lengang tanpa kelibat manusia ataupun seekor haiwan mahupun sebuah kenderaan.lukisan yang menggambarkan sebuah bandar metropolitan yang senyap,sunyi & sepi yang kalau diikutkan sentiasa sibuk dengan berbagai2 ragam manusia dari terbit fajar hingga ke malam melabuh tirainya.lukisan ini dilukis menggunakan  sebatang pen hitam ketika waktu persekolahan  yang siap beberapa hari menjelang SPM...

artwork (WINDY MOONLIGHT)

lukisan yang dilukis diinspirasi daripada game 'TEKKEN 5'.salah sebuah koleksi lukisan peribadi milik ds yang menceritakan seorang peniup serunai sedang meniup serunai di balik sebatang pokok yang tidak berdaun di malam bulan mengambang dan di lantai tanah yang penuh dengan bunga pada malam hari yang dingin dengan tiupan angin yang bertiup sempoi-sempoi bahasa

ds logo

ds ialah sebuah logo yang terdiri daripada dua perkataan iaitu 'd' & 's' dan sebuah lingkaran bulat yang berada di belakangnya.ds yang diambil daripada nama empunya tuan blog ini selain membawa maksud"dunia sementara' atau didalam bahasa inggeris iaitu "dont selfish" membawa maksud teguran atau teguran samada kepada orang lain atau kepada empunya sendiri..lingkaran membawa maksud roda kehidupan yang memberi makna "hidup ini sekejap di atas,sekejap di bawah dan di atas pula"
Copyright© All Rights Reserved dsgraphic.blogspot.com